derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Wednesday, 28 August 2013

Alhamdulillah...Alhamdulillah..

Alhamdulillah...Segala Puji dan Puja Hanya Untuk Allah Semata-mata.

Pagi ini jumlah sumbangan dan sedeqah yang diterima telah mencapai RM3436.55!!
Projek sudah boleh dimulakan.Antara barang yang akan dibeli nanti ialah satu set Projektor baru, satu set Home Theatre, langsir baldu dan beberapa aksesori lain.


Benarlah Firman Allah.
"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad 47:7)

Alhamdulillah...Pagi ini, seorang insan misteri telah memberi sumbangan sebanyak RM2000. Namanya tidak mahu disebut atau dipaparkan. Beliau hanya meminta agar didoakan dengan segala kebaikkan dan kebajikan. Dan semoga sedikit sebanyak menjadi saham membantu di akhirat nanti. Subahanallah..!!


Alhamdulillah juga, hasil jualan air tin mendapat sambutan yang memuaskan. Dan yang paling menakjubkan serta menimbulkan rasa sedih dan sayu, apabila murid-murid yang membeli ada diantaranya tidak mahu menerima baki wang kembali. Sebaliknya..

" Ustaz..ni saya sedeqah.."
" Ustaz..ambiklah..takpe..Untuk sekolahkan..?"
" Takpelah...nanti dapat tengok TV besarkan..."


Sedangkan yang berkata itu..
anak yang masih kecil..
kelihatan seperti anak (murid ) yang susah..
kelihatan tidak punya belanja..tapi masih UPAYA untuk memberi..

Ya Allah..Berilah balasan YANG TERBAIK DISISIMU KEPADA ANAK-ANAK INI YA ALLAH..!!

Dan bermacam-macam lagi.

Cuma timbul sedikit masalah.
Murid ni ( budak-budak ), dia minum dalam kelas pulak. Kadang-kadang jadi masalah sampah.

Hmm..Sabarlah...Harap guru-guru semua dapat sama-sama membantu.
Ini untuk sementara. Sehingga keadaan telah selesai semua nanti.

Begitu juga,mula terdengar suara-suara yang tidak berpuas hati.
Alasan..?? Macam-macam.

Tapi. Harap faham dan tolonglah. Tidak ada manusia yang akan memberi begitu sahaja. Kecuali Qalila ( sedikit ). Maka usaha dan usaha perlu dilakukan.

Syukran atas sesiapa yang membantu..
Dan menyumbanglah...bersedeqahlah...Mungkin ini hari terakhir anda..dan sumbangan inilah yang akan membantu anda dimahsyar nanti.

No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini