derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Friday, 30 August 2013

MERDEKA..!!MERDEKA..!!


Sambutan Kemerdekaan peringkat Sekolah Kebangsaan Kampung Medan telah diadakan pada 30 Ogos 2013 - Jumaat, bertempat di Dataran Sekolah Kebangsaan Kampung Medan. Majlis bermula jam 7:35 dengan murid-murid berhimpun di Dataran. Ucapan pengerusi majlis, bacaan doa, ucapan Kemerdekaan yang disampaikan oleh Guru Besar SKKM, En Shaffei Bin Mohamada dan Laungan Kemerdekaan yang dibuat oleh En Ahmad Latfi Bin Kadri. Seterusnya kuiz yang dikendalikan oleh Cikgu Roozaimi.

Seterusnya murid-murid dibahagikan mengikut kelas bagi melaksanakan pelbagai aktiviti yang teah dirancangkan, antaranya pertandingan mewarna, membuat kolaj Merdeka, pertandingan nyanyian karaoke lagu-lagu patriotik, pakaian beragam, basikal berhias dan membuat Folio Sejarah Kemerdekaan.

Murid berhimpun di Dataran Sekolah.

Bersemangat mengibarkan bendera Malaysia sempena Sambutan Kemerdekaan

Laungan Kemerdekaan dilaungkan..Merdeka..!! Merdeka..!!!
Murid khusyuk mendengar ucapan yang disampaikan oleh Guru Besar
Generasi Merdeka akan datang. Bersemangat dan bertenaga.

No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini