derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Monday, 30 September 2013

Latihan Sukan SKKM

Gambar-gambar sekitar latihan sukan akhir tahun SKKM yang diadakan sejak beberapa hari lalu. Bermula 23 September 2013 yang lepas.






Monday, 23 September 2013

Selamat Berjaya Anak-Anak SKKM-PSR MUMTAZ!!!

UPSR telah kau lalui..
Kini PSRA menantimu..

Hadapilah dengan penuh keazaman 
Penuh kesungguhan..
Penuh kesabaran..
Penuh dengan serahan kepada ALLAH..

Yang menguasai SEGALA-GALANYA..
Pohonlah kejayaan daripada NYA..

Insyallah MUMTAZ milik mu..
AMIN

Wednesday, 18 September 2013

Kejohanan Kriket MSSD Kuala Langat

18 September 2013, SKKM

Satu Kejohanan Kriket Ria KATMO(R) (Karnival Tunas Mini Olimpik Rendah ) peringat Kuala Langat telah diadakan padang Sekolah Kebangsaan Kampung Medan yang bermula hari inI 18 September sehingga 19 September 2013. 
Antara sekolah yang mengambil bahagian ialah SK Kg Medan, SK Bandar, SK Bukit Changgang, SK Sri Lanang dan SK Bandar Banting.

SK KAMPUNG MEDAN

SK BANDAR

SK BANDAR BANTING

SK SRI LANANG

SK BUKIT CHANGGANG
Selamat bersukan.
Waktu belajar jangan main
Waktu main, 
main sungguh-sungguh..
Jangan main-main
Nanti kena main..

Wassalam

Sunday, 15 September 2013

Apa Nak Buat Selepas Periksa?

Alhamdulillah..
Peperiksaan UPSR telah berlalu..
Rasa hilang segala beban yang ditanggung. ( Bagi yang terasa bebannya la, bagi yang enjoy, takde bezanya ).
Sekarang adalah masa untuk bebas sekejap. Bukan selamanya. 
Bagi yang bersekolah agama. Tidak lama lagi akan menghadapi PSRA pula.
Bagi yang tidak bersekolah agama, apa yang perlu dibuat selepas pereksa ni?
Atau yang nak release tension sekejap. Menenangkan kembali kepala yang masih berdengung.

Ini sedikit panduan yang boleh dilakukan.

Pertama.
Cari kembali guru-guru yang telah mengajar anda selama ini. Minta doa mereka.
Tapi kan dah habis pereksa? 
Memang dah habis pereksa. Ingat doa guru sangat mustajab!
Walau anda tidak berjaya mendapat 5A sekalipun. Insyallah..Hidup anda tidak akan susah. Sentiasa diberkati segala usaha yang dilakukan.

Kedua.
Tolong mak dan ayah semaksimum mungkin. Sebab mungkin tahun depan anda sudah masuh ke asrama. ( Bagi yang masuk asrama la..) Masa anda untuk berbakti dan mencari pahala dengan ibu bapa anda mula berkurang.
Bagi yang tidak bernasib baik ke asrama. Ini peluang anda untuk meraih kasih dan sayang, dan yang paling utama DOA ibu ayah anda.



Ketiga.
Hafaz Al Quran. Jangan dibazirkan masa begitu sahaja. Ambil masa dan peluang ini untuk menambah saham akhirat.



Keempat.
Baca buku. Bacalah apa-apa sahaja buku. Walaupun komik!! Daripada anda bermain dan membuang masa begitu sahaja. Baik membaca.

Kelima.
Bantu guru apa yang patut. Ringan tangan, kaki, mulut dan badan bertanya kepada guru apa yang boleh dibantu. Ini masa untuk anda berjasa kepada sekolah.
Banyak kerja yang boleh dilakukan.

Keenam.
Menulis. Lihat dan tulis apa yang anda nampak. Luahkan hasil fikiran anda atas kertas. Kini difacebook, Tweeter, Instagram dan lain-lain. Mana tahu anda bakat menjadi penulis. Silap-silap boleh menjadi seperti JK Rowling.


Ketujuh.
Menyertai segala aktiviti yang dilakukan disekolah. Jangan mengelakkan diri atau cuba melarikan diri! Atau rasa malas dan bosan. Banyak gunanya pada anda. 
Kalau tidak ada aktiviti yang mencabar. Apa kata minta ibu dan bapa anda daftarkan atau pilih mana-mana aktiviti atau kem luar atau kursus jangka pendek bagi menambahkan lagi ilmu dan pengalaman anda.

Ok...
Rasanya itu sahaja.
Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan.
Tidak ada istilah tak tahu nak buat apa..Bosan..atau bla..bla..
Kerana menjadi seorang muslim, tidak ada istilah walau sesaat pun yang tidak boleh mendatangkan keuntungan..

Wassaalam

Monday, 9 September 2013

Besok Bermulanya...UPSR 2013

Assalammualaikum

 Pembaca yang dirahmati Allah semua..
Insya'Allah..Jika tiada aral..Tiada masalah..
Besok akan bermula satu perjuangan bagi murid-murid di sekolah rendah diseluruh Malaysia buat sekian kali..
UPSR..10 September 2013 hingga 12 September 2013
Pelbagai usaha dan cara telah dilakukan oleh diri, ibu bapa,sekolah,PIBG,masjid,JKKK dan ramai lagi untuk memastikan kejayaan dan kegemilangan dicapai dan dikecapi
Semua itu usaha..dan TAWAKAL kepada ALLAH adalah jalan terakhir, setelah BERDOA, USAHA..IKHTIAR..


Dan ingatlah..UPSR itu satu ujian kecil..Ada jutaan lagi ujian yang sedang menanti kita..
Dan kejayaan sebenar yang menjadi impian setiap insan adalah kejayaan menjejak kaki 
ke SYURGA ALLAH yang kekal abadi dengan segala nikmat yang tidak terperi lazatnya!!

Selamat Menjalani UJIAN UPSR 2013!!


Kepada anak-anak di SKKM..
Ingat TIPS..tips yang telah diberikan..
Ingat..!!! Tida ada yang mustahil di sisi ALLAH..
Usaha sungguh..sungguh..sungguh..
Doa sungguh..sungguh..sungguh..
Insya'Allah..Kejayaan akan berlabuh disisimu..AMIN...