derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Sunday, 15 September 2013

Apa Nak Buat Selepas Periksa?

Alhamdulillah..
Peperiksaan UPSR telah berlalu..
Rasa hilang segala beban yang ditanggung. ( Bagi yang terasa bebannya la, bagi yang enjoy, takde bezanya ).
Sekarang adalah masa untuk bebas sekejap. Bukan selamanya. 
Bagi yang bersekolah agama. Tidak lama lagi akan menghadapi PSRA pula.
Bagi yang tidak bersekolah agama, apa yang perlu dibuat selepas pereksa ni?
Atau yang nak release tension sekejap. Menenangkan kembali kepala yang masih berdengung.

Ini sedikit panduan yang boleh dilakukan.

Pertama.
Cari kembali guru-guru yang telah mengajar anda selama ini. Minta doa mereka.
Tapi kan dah habis pereksa? 
Memang dah habis pereksa. Ingat doa guru sangat mustajab!
Walau anda tidak berjaya mendapat 5A sekalipun. Insyallah..Hidup anda tidak akan susah. Sentiasa diberkati segala usaha yang dilakukan.

Kedua.
Tolong mak dan ayah semaksimum mungkin. Sebab mungkin tahun depan anda sudah masuh ke asrama. ( Bagi yang masuk asrama la..) Masa anda untuk berbakti dan mencari pahala dengan ibu bapa anda mula berkurang.
Bagi yang tidak bernasib baik ke asrama. Ini peluang anda untuk meraih kasih dan sayang, dan yang paling utama DOA ibu ayah anda.



Ketiga.
Hafaz Al Quran. Jangan dibazirkan masa begitu sahaja. Ambil masa dan peluang ini untuk menambah saham akhirat.



Keempat.
Baca buku. Bacalah apa-apa sahaja buku. Walaupun komik!! Daripada anda bermain dan membuang masa begitu sahaja. Baik membaca.

Kelima.
Bantu guru apa yang patut. Ringan tangan, kaki, mulut dan badan bertanya kepada guru apa yang boleh dibantu. Ini masa untuk anda berjasa kepada sekolah.
Banyak kerja yang boleh dilakukan.

Keenam.
Menulis. Lihat dan tulis apa yang anda nampak. Luahkan hasil fikiran anda atas kertas. Kini difacebook, Tweeter, Instagram dan lain-lain. Mana tahu anda bakat menjadi penulis. Silap-silap boleh menjadi seperti JK Rowling.


Ketujuh.
Menyertai segala aktiviti yang dilakukan disekolah. Jangan mengelakkan diri atau cuba melarikan diri! Atau rasa malas dan bosan. Banyak gunanya pada anda. 
Kalau tidak ada aktiviti yang mencabar. Apa kata minta ibu dan bapa anda daftarkan atau pilih mana-mana aktiviti atau kem luar atau kursus jangka pendek bagi menambahkan lagi ilmu dan pengalaman anda.

Ok...
Rasanya itu sahaja.
Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan.
Tidak ada istilah tak tahu nak buat apa..Bosan..atau bla..bla..
Kerana menjadi seorang muslim, tidak ada istilah walau sesaat pun yang tidak boleh mendatangkan keuntungan..

Wassaalam

No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini