derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Sunday, 27 October 2013

Kem Muhasabah SKKM

Pada 25 dan 26 Oktober 2013, satu Kem Muhasabah anjuran PEPIAS dibantu SKKM telah diadakan di SKKM. Program yang merupakan anjuran 90 % PEPIAS, dan 10 % daripada SKKM sendiri yang menyediakan peserta dan fasiliti berupada premis SKKM sendiri.

Untuk makluman, PEPIAS merupakan singkatan dari Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan. Ditubuhkan oleh sekumpulan bekas pelajar Kolej Yayasan Anda yang terletak di Jalan Hamzah, K.L sekitar tahun 70-an. Berdaftar secara rasmi pada 1 Oktober 1992 dan didaftarkan semula pada tahun 2008 dengan nama seperti hari ini. Menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan berbentuk kebajikan dan pendidikan Islam di merata bumi Selangor. Menjadikan pelajar Islam sebagai penggerak utama dalam setiap aktivitinya bagi meramaikan aktivis belia Muslim yang berkualiti di masa hadapan.

Berikut ialan antara aktiviti yang sempat dirakam oleh lensa SKKM sendiri. Apa-apa pun tahniah kepada PEPIAS. Jangan serik lagi untuk berurusan dengan mana-mana pihak selepas ini.









Jika berminat untuk menjadi sukarelawan. Ini laman webnya yang sempat di google..
http://persadapepias.blogspot.com/2011/01/produk-pepias-gombak.html
25 Oktober 2013, Bilik Mesyarat SKKM.

Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan mesyuarat Unit bertempat di Bilik Mesyuarat SKKM bermula jam 2:00 petang.Kehadiran semua guru Pendidikan Islam dan JQAF sangat memuaskan.

Antara agenda yang dibincangkan ialah pembentangan laporan dan maklumat ringkas berkaitan isu KSSR bagi Tahun 4 yang dibentangkan oleh Puan Yuriana. Mesyuarat seterusnya membincangkan tentang beberapa aktiviti Panitia yang akan dilakukan dalam masa terdekat ini. 
Antara yang dibincangkan ialah tentang Kem Anak Soleh yang akan diadakan di Kem Rimba Alam, Sungai Chongkak pada 1dan 2 November ini. Program Daurah Al Quran yang dirancangkan akan dilakukan pada 2 minggu pertama selepas cuti akhir tahun bermula.
Mesyuarat juga mengambil maklum tentang mesyuarat buat kali yang terakhir bagi Puan Norhayah. Ini kerana ini adalah tahun terakhir beliau akan berkhidmat di SKKM ini dan akan bersara wajib pada akhir tahun ini. 

 
Mesyuarat merakamkan rasa jutaan terima kasih tidak terhingga diatas segala jasa dan budi yang telah ditabur selama ini. Puan Norhayah juga merakamkan rasa terima kasih dan memberi nasihat agar semua guru PI dan JQAF dapat memberikan yang terbaik untuk anak-anak di SKKM.

Mesyuarat tamat sekitar jam 5:05 petang.

Friday, 18 October 2013

Terima Kasih

Salam kepada pembaca sekalian, khususnya warga SKKM.

Untuk makluman semua, Bilik Tayang atau Bilik Multimedia telah siap dan boleh digunakan. 
Bilik Multimedia atau BM sekarang telah dilengkapkan dengan TV Plasma 43 Inci, Sistem Home Theatre ( 300 wat ), LCD jenama ACER dan juga pemasangan langsir baru yang lebih bersesuaian dengan konsep BM.

Antara penambah baikkan akan datang yang sedang difikirkan adalah untuk melengkapkan BM ini dengan penambahan ASTRO, tapi bukan ASTRO Beyond. Mungkin ASTRO NJOI sahaja. Ini untuk mengelakkan bayaran bulanan yang terpaksa ditanggung setiap bulan.

Disamping itu juga, hasrat BM untuk mendapatkan kelengkapan WIFI atau sambungan Internet yang lebih stabil agar memudahkan dan mempelbagaikan lagi teknik, kaedah, bahan dalam PnP.

Oleh itu besarlah harapan kepada para penyumbang, penderma, untuk sama-sama membantu menjayakan hasrat ini.

Untuk makluman juga, ramai guru yang bertanya, kenapa tidak ada kutipan derma lagi? Perkara ini terpaksa ditangguhkan dulu buat sementara waktu, kerana simpati dengan beban guru yang terpaksa mengeluarkan banyak belanja sejak akhir-akhir ini dengan pelbagai kutipan dan sumbangan. Walaubagaimanapun bagi mana-mana guru yang ikhlas hati ingin meneruskan sumbangan, pihak BM sangat-sangat mengalu-alukan. Hasil sumbangan akan dikumpul kembali dan dijadikan modal untuk membeli dan melengkapkan kemudahan yang lain di BM.

Insya'allah, perancangan seterusnya, setelah selesai di BM, akan dimulakan di Surau Al Ghazali SKKM. Antara kelengkapan yang dibayangkan akan diletakkan disana adalah kemudahan LCD, TV PLASMA berdefinisi tinggi, set Home Theatre dan capaian WIFI. Serta tabir atau lansir yang bersesuaian.

Akhir, terima kasih sekali lagi kepada para penderma dan penyumbang sekalian.
Insyalllah..segala sumbangan yang diberi akan diberi balasan sewajarnya di sisi ALLAH SWT. Amin.!!

Wednesday, 16 October 2013

Jamuan Rumah Hijau...

Tahniah kepada Rumah Hijau..!!!
Sedikit jamuan ringan tanda kesyukuran kerana mendapat Naib Johan seusai Kesukanan Sukan Tahunan SKKM kali ke 24 baru-baru ini.
Terima kasih kepada Cikgu Yahya dan guru-guru rumah Hijau lain yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan sukan baru-baru ini.

Tahniah..Dan teruskan kecemerlangan..!!



















Tuesday, 8 October 2013

Sukan Tahunan SKKM 2013

Pada hari Ahad, 6 Oktober 2013, telah diadakan Sukan Tahunan SKKM kali ke 24 yang bertempat di padang sekolah kebangsaan Kampung Medan. Majlis bermula pada jam 09:00 pagi dengan dimulakan acara perbarisan dari rumah-rumah sukan, iaitu Rumah Merah, Kuning, Hijau dan Biru. Seterusnya bacaan Doa, Ikrar, Ucapan Guru Besar dan Ucapan Perasmian yang disampaikan oleh Yang Bhg.Dato' Hj. Nordin Bin Hj. Selamat, NYDP PIBG SKKM.

Majlis seterusnya diserikan dengan persembahan Tarian Berirama daripada murid-murid Tahun 4 dan 5. Acara sukaneka dan balapan seterusnya acara ibu bapa, acara pegawai dan kemuncaknya ialah acara Tarik Tali diantara rumah Hijau dan Biru, yang akhirnya dimenangi oleh Rumah Biru.


















Untuk mendapatkan koleksi gambar seterusnya, sila dapatkan daripada Us Azwan Hafiz atau hubung 013 - 340 294 5

Friday, 4 October 2013

Kasut Anak SKKM


Kasut yang diikat dengan getah!
Hanya gambar yang mampu berbicara.
Sedih.

Tuesday, 1 October 2013

Kem Literasi Al Quran Dan Kem Bina Juara

1 Oktober 2013, Selasa - Sekolah Kebangsaan Kampung Medan telah menghantar seramai 6 orang murid, 4 orang bagi mengikuti Kem Literasi Al Quran (KLQ) dan 2 orang mengikuti Kem Bina Juara di Institut Kemahiran Belia Negara ( IKBN ) Banting.

Program melibatkan 35 buah sekolah sekitar Daerah Kuala Langat. Antara pengisian program ialah Ceramah Bacalah Al Quran, Hidup Bahagia yang disampaikan oleh Us Mohd Shukri Ahmad, LDK 1 dan 2 serta majlis penutupan yang dilakukan oleh Puan Hajah Foziah Mohd Azhari, Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat.