derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Monday, 11 November 2013

4 in 1 9 November 2013

9 November 2013, SKKM

4 Program penting telah dilaksanakan di SKKM pada tarikh tersebut. Antara program yang berlansung pada hari tersebut ialah LADAP Seminar Intergriti Warga Pendidik ( SIWP ) siri 9 yang telah dijalakan di Dewan Wawasan Kampung Medan. Sasaran ialah guru-guru sekitar daerah Kuala Langat yang melibatkan hampir 300 peserta. Antara pengisian program ialah ceramah Intergriti bertajuk Pembudayaan Integriti Dalam Pendidikan yang disampaikan oleh En Mohd Yatim Bin Dolir.






Seterusnya, Program Pendaftaran, Taklimat Dan Mesyuarat Pra Sekolah bersama anak-anak dan ibu bapa yang bakal mengikuti Pra pada tahun 2014 telah diadakan di Surau Al Ghazali, Kg Medan. Antara aktiviti yang dilakukan ialah sesi pendaftaran bagi pelajar baru pra, sesi menyemak dan menempah saiz baju yang bersesuaian, taklimat dan sesi mesyuarat bersama ibu bapa dan juga perlantikan Jawatankuasa Pra yang baru. Majlis dipengerusikan oleh Guru Besar SKKM, En Shaffei Bin Mohamad.







Program ketiga, ialah RIMUP, atau Rancangan Intergrasi Murid Perpaduan yang telah diadakan di Balai Serbaguna SKKM. Peserta terlibat daripada 4 buah sekolah sekitar Kuala Langat. Iaitu 2 sekolah kebangsaan, 1 sekolah jenis kebangsaan cina dan 1 sekolah jenis kebangsaan tamil. ( sekolah yang terlibat tidak dapat dikenal pasti kecuali SKKM sendiri ) Aktiviti program adalah bagi memupuk semangat perpaduan antara kaum dan bangsa yang ada di Malaysia. Antara aktiviti yang sempat dirakamkan ialah Tarian 1 Malaysia.






Dan program yang terakhir ialah Rombongan murid SKKM terutamanya Tahun 6 ke Lost World Of Tambun, di Ipoh Perak. Malangnya sebarang visua tidak dapat dirakamkan, kerana katanya pihak rombongan telah bertolak seawal jam 6 pagi. Hmm..Kalau rombongan..Sebelum subuh korang sampai ya. Apa-apa pun, diharapkan dan didoakan selamat pergi dan kembali, dan tidak LOST di Tambun nanti.

No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini