derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Tuesday, 5 November 2013

Graduasi Tahun 6 SKKM

Majlis Graduasi Tahun 6 atau majlis secara rasmi menyatakan bahawa murid tahun 6 telah selesai dan telah tamat belajar diperingat sekolah rendah di SKKM telah diadakan pada 31 Oktober 2013, Khamis di Balai Serbaguna SKKM baru-baru ini.

Majlis yang bermula jam 09:00 pagi, telah dimulakan dengan perarakan masuk Guru Besar dan diiringi Penyelaras Tahun 6, Puan Rohashimah, ke Balai Serbaguna SKKM seperti mana adat istiadat majlis konvokesyen yang sering dilakukan di universiti tempatan dan luar negara.

Majlis seterusnya dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis, Puan Khariati, bacaan doa oleh Ustaz Azwan Hafiz, ucapan Guru Penyelaras, Ucapan Guru Besar, dan seterusnya majlis penyampaian sijil tamat sekolah rendah kepada 140 murid tahun 6 SKKM bagi tahun 2013. Kehadiran murid adalah 100 peratus.

Sebaik majlis selesai, sesi bergambar kenangan mengikut kelas yang bermula daripada 6 Bestari, 6 Harapan, 6 Jaya dan 6 Kreatif bersama guru-guru Tahun 6 telah diadakan.

Majlis kemuncak ialah jamuan makan akhir tahun melibatkan seluruh pendidik SKKM bersama murid-murid Tahun 6.

Tahun 6 Bestari

Tahun 6 Harapan

Tahun 6 Jaya

Tahun 6 Kreatif
Untuk mendapatkan koleksi gambar-gambar, termasuk Majlis Gradusi Tahun 6, sila hubungi Us Azwan di talian 013 340 294 5.

No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini