derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Monday, 30 December 2013

Tugas Bermula 2014

Sekolah akan dibuka pada 2 Januari 2014. Iaitu hari Khamis ini.

Namun semua guru-guru diseluruh negara telah memulakan khidmat bakti seawal 26 Disember 2013, malah ada yang lebih awal dan TIDAK BERCUTI! 

Bagi guru dan pentadbir di SKKM, tugas telah bermula secara berdikit-dikit dan beransur-ansur sepanjang bulan Disember lagi.

Dan pada 26 Disember 2013, telah diadakan Mesyuarat Guru Kali Pertama untuk sesi 2014 akan datang yang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama SKKM. Mesyuarat bermula jam 09:00 pagi dan dipengerusikan oleh Tuan Guru Besar SKKM, Cikgu Shaffei Bin Mohamad. Kehadiran guru memuaskan, walaupun ada yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu.

Kelainan mesyuarat kali ini, dan mungkin juga ditempat-tempat lain. Antaranya Manual Pengurusan Sekolah tidak lagi menggunakan ribuan helas kertas yang perlu dicetak, disalin dan disusun untuk rujukan guru.

Kini dengan menggunakan ICT dan kemudahan Teknologi, disokong dengan sistem VLE FROG, ia kini PAPERLES!! 

Terdengar juga beberapa sekolah lain yang menggunakan pendekatan menggunakan CD.
Cuma beberapa minit mesyuarat,edaran dan dokumen tertentu, khimat kertas masih digunakan.

Pada 27 Disember 2013 pula telah diadakan kutipan Yuran PIBG yang bermula seawal jam 8:00 pagi hingga ke tengahhari.

Pada 30 Disember 2013 pula, telah diadakan Mesyuarat melibatkan pelbagai Unit dibawah Pentadbiran, Ko Kurikulum, Kurikulum dan Hal Ehwal Murid. Mesyuarat bermula jam 8:00 pagi dan berakhir sekitar jam 12:30 tengahhari.

Itu yang dapat dilaporkan setakat ini. Jumpa lagi!