derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Tuesday, 21 October 2014

Sukan Mini SKKM Tertutup 2014

Berikut ialah antara gambar-gambar sepanjang Sukan Mini Tertutup SKKM yang dijalankan pada 19 Oktober 2014 lepas.
Apa-apa pun Tahniah..Tahniah..Tahniah..Kepada RUMAH HIJAU kerana berjaya menjadi JOHAN keseluruhan Sukan Tahunan pada tahun 2014 ini.





TAHNIAH kepada Cikgu Yahya..dan juga guru-guru rumah HIJAU yang lain..
Dan yang paling utama..Murid-murid Rumah HIJAU..ALL OF YOU ARE THE BEST..!!





Thursday, 16 October 2014

Sekitar Raptai Mini Sukan Tertutup SKKM 2014

Berikut ialah antara rakaman gambar yang sempat diambil sepanjang raptai Mini Sukan Tertutup SKKM yang diadakan pada 16 Oktober 2014, Khamis di padang sekolah SKKM.


Sukan kali ini sedikit berbeza dengan sukan-sukan tahunan yang pernah diadakan sebelum ini, antara kelainan yang berlaku ialah tapak sukan dipindahkan dan dikecilkan sedikit berbanding sebelum ini. Iaitu dilakukan dihadapan tempat letak basikal. 

Disamping itu, tiada gerai-gerai jualan yang biasa memenuhi tapak sukan ketika sukan dilakukan, ini bermakna, murid perlu membawa bekal air dan makanan yang lebih kali ini. 

Ketiga, tiada jemputan untuk ibu bapa, tapi ini tidak bermakna ibu bapa tidak dibenarkan datang, ibu bapa dan penjaga dibenarkan hadir bagi mereka yang ingin menyaksikan anak-anak mereka terlibat di dalam acara sukan yang diadakan. 

Dan yang terakhir, tiada lagi peruntukan baju sukan percuma untuk guru-guru, yang ada hanya topi.

Saksikan antara babak-bakak menarik sepanjang raptai diadakan..Insyaallah sukan sebenar akan diadakan pada 19 Oktober 2014, hari Ahad. Dan sekolah akan bercuti pada 20 Oktober 2014, iaitu pada hari Isnin keesokkannya.



Thursday, 9 October 2014

Merdeka Akhirnya!!


Akhirnya..Hari ini 9 Oktober 2014...
Berakhir kertas ujian UPSR yang terakhir..Matematik..
Merdeka..Merdeka..!!
Tapi..Kemerdekaan yang tertangguh..
Masa untuk merehatkan minda dan fizikal..
Apa yang perlu dilakukan sekarang..
Merancang untuk aktiviti yang berfaedah..
Bagaimama..Macammana...
Terpulang kepada murid sendiri..

Friday, 3 October 2014

Latihan Kebakaran

2 Oktober 2014-Khamis, SK Kg Medan
SKKM tiba-tiba dikejutkan pada jam sekitar 9:45 pagi dengan jeritan dan bunyi loceng yang tidak berhenti-henti. Kelihatan ramai warga SKKM bergegas bergerak meninggalkan kelas dan lokasi masing-masing menuju ke tapak perhimpunan jika berlaku kecemasan, iaitu di padang sekolah SKKM.Kelihatan beberapa pegawai Pertahanan Awam daripada JPA sedang menunggu di padang bersama alatan kecemasan dan pemadam api. Rupa-rupanya satu latihan kebakaran ( firedrill ) sedang dilakukan. Berikut antara beberapa gambar dilokasi kejadian.






Tuesday, 30 September 2014

UPSR Second Round

Selamat Menjawab Peperiksaan Anak-Anak Semua..
Anggaplah ini semua dugaan..



Semoga diberi kejayaan dunia dan akhirat.

Pusingan ke tiga selepas Hari Raya nanti..Sabo je la ye

Tuesday, 23 September 2014

Gambar Sekitar Mahrojan JQAF 2014


Mahrojan JQAF Peringkat Daerah Kuala Langat

Pertandingan Kuiz Perdana Pendidikan Islam
23 September 2014, Selasa.
Sekolah Kebangsaan Kampung Medan, buat pertama kali telah dipilih menjadi tuan rumah bagi Mahrojan JQAF Peringkat Daerah Kuala Langat 2014. Mahrojan yang melibatkan penglibatan dan penyertaan daripada 30 buah Sekolah Kebangsaan seluruh Daerah Kuala Langat.
Peserta Kalam Jamaie
 Antara acara yang dipertandingkan ialah Kalam Jamaie, Dikir Barat Berbahasa Arab, Tilawah Al Quran Lelaki Dan Perempuan serta Kuiz Perdana.
Peserta Kalam Jamaie
 Majlis bermula sekitar jam 9:00 pagi kerana melibatkan jumlah penyertaan yang agak besar, terutamanya peserta Tilawah Lelaki dan Perempuan yang menjangkau hampir 26 orang peserta.
Peserta Tilawah Perempuan
 Kesemua acara bermula serentak, iaitu pertandingan Kalam Jamaie dan Dikir Barat dilakukan di Dewan Wawasan, Tilawah Al Quran lelaki di Pusat Sumber, Tilawah Al Quran Perempuan di Surau Al Falah dan Kuiz Perdana di Dewan Peperiksaan Murid Tahun 6.
Peserta Tilawah Lelaki
 Majlis berjalan dengan baik dan lancar, walaupun melibatkan sesi persekolahan yang sedang berlansung.

Johan Keseluruhan

Majlis berakhir sekitar jam 1:30 petang, dengan
 juara keseluruhan dirangkul oleh SK Kebun Baru.Tahniah diucapkan.

Bagi peserta atau guru yang ingin mendapatkan salinan gambar-gambar sepanjang Mahrojan berlansung, sila hubungi Us Azwan di talian 013-340 2945.









Sunday, 21 September 2014

Mahrojan JQAF



Bermula Selasa ini, 23 September 2014, Sekolah Kebangsaan Kampung Medan akan menjadi tuan rumah bagi Mahrajan JQAF Peringkat Daerah Kuala Langat. Mahrojan ini yang melibatkan sekolah-sekolah yang mempunyai program JQAF sekitar Daerah Kuala Langat ini, akan bermula pada jam 7:30 pagi sehingga 1:30 tengahhari.

Antara sekolah yang terlibat ialah SK Kampung Medan, SK Kebun Baru, SK Sijangkang Jaya, SK Sijangkang, SK Seri Cheding, SK Sungai Kelambu, SK Seri Lanang dan SK Jenjarom 

Antara acara yang akan dipertandingkan ialah Kalam Jamaie, Dikir Barat Berbahasa Arab, Tilawah Al Quran Dan juga Kuiz.


Selamat Menjawab IMTIHAN PSRA

Besok, bermula 22hb, akan berlansung pula Imtihan ( Peperiksaan ) PSRA atau Peperiksaan Sekolah Rendah Agama bagi sekolah-sekolah rendah agama negeri Selangor. Semoga semua calon-calon telah bersedia dan dapat menjawab sebaik mungkin.

JADUAL PEPERIKSAAN PSRA 2014




Friday, 12 September 2014

UPSR Yang Bocor..!!



Menarik untuk dikongsi bersama..

sila klik..

Luahan Hati Bapa

Luahan hati kebanyakkan ibu bapa..guru..dan murid yang tidak pandai meluahkan apa yang terbuku di dada..Tapi itulah hakikatnya

Monday, 8 September 2014

Jadual UPSR 2014




Selamat Menghadapi Peperiksaan UPSR 2014

Kepada semua calon UPSR 2014 SK Kg Medan, perjuangan anda bermula esok. Selamat Menghadapi Peperiksaan. Insyaallah kejayaan milik ANDA!


 Tanda dengan kemas dan betul. Semak semula jawapan. Pastikan semua soalan dijawab. Iringkan dengan Bismillah dan Selawat.





Thursday, 4 September 2014

UPSR

UPSR menjelang tiba..
Tidak lama lagi..hanya beberapa hari sahaja lagi.
Hari ini 4 September 2014..ketika artikel ini ditulis
UPSR pada 9 September 2014..Bersamaan hari Selasa.
Dan seterusnya pada Rabu dan juga Khamis.
Jadi..
Apa persediaan yang sudah dilakukan?
Apa persediaan akhir yang perlu dibuat?
Pelbagai kelas tambahan, pagi, petang dan malam telah dibuat
Bermacam ceramah, motivasi, seminar, bengkel telah dilakukan
Beratus-ratus latihan dan latih tubi tidak berhenti-henti

Bayangkan betapa gembiranya jika anak-anak dapat menyampaikan khabar gembira buat ayah dan ibu seperti ini nanti

Tapi..
Berapa kali kita bangun malam menadah tangan, berdoa memohon kepada Nya..?
Berapa kali solat Hajat dilakukan..
Berapa hari kita berpuasa kerana Nya..
Berapa kali YASSIN yang ikhlas kita lakukan.
Mungkin hanya beberapa kali..
Itupun atas paksaan dan inisiatif pihak lain..
Pihak sekolah..Masjid..PIBG..


Tidak inginkah adik-adik melihat titisan air mata gembira seorang ibu dengan kejayaan adik-adik semua?

Kenapa tidak buat sendiri..?

Jadi kepada adik-adik semua..
ALLAH Maha Pengasih..Maha Penyayang..
Berdoalah kepadaNya..
Tidak ada istilah terlambat..Terlewat.atau tidak sempat..
Jika ia lahir dari hati yang pasrah..bersih..
Pasti ALLAH menerimanya..

Tidak ada yang mustahil jika ALLAH mengizinkan. Tapi mintalah kepada NYA

SEKARANG..BERDOALAH SEPUAS-PUASNYA..!!
MINTALAH SEBANYAK-BANYAKNYA..!!
MINTALAH TANPA JEMU DAN RAGU..!!
PASTI KEJAYAAN MILIK MU..!!
AMIN.

Monday, 28 July 2014

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

 

Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf sekiranya ada tersilap,terkerek,terover,terkurang,terpoyo dan semua ter lagi.
0-0 aaa.

Katak kenyang lalu tertidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh.

Seiring salam seharum ganja
Kasih sebening heroin,
Dengan hati seputih syabu,
Walaupun ada dosa sekecil extacy.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.la lawat http://speakerpecah.blgospot.com

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.
Maaf zahir dan batin.

Cahaya ramadam berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati.
Selamat Hari Raya Maaf zahir batin.

Andai jemari tak sempat berjabat,
andai raga tak dapat bertatap,
seiring beduk yang menggema,
seruan takbir yang berkumandang,
ku aturkan salam menyambut
hari raya idul fitri,
jika ada kata serta khilafku membekas lara,
mohon maaf lahir dan batin.


sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
Jika jiwa sebening air,
maka jangan keruhkan.
Jika hati seputih awan,
jangan mendungkan.
Raih kemenangan dengan saling bermaafan.
Selamat Hari Raya Idul Fitri.

Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
memohon dimaaf kekhilafan diri,
Salam Aidilfitri, maaf zahir batin

Bakar lemang sambil berdiri,
Untuk juadah AIDIL Fitri,
NAk antar KAD RAYA Posmen dah cuti,
SMS aje penggganti diri.
Maaf Zahir dan Batin,

Jambangan indah lagi Berseri,
Mnjadi hiasan diAidilfitri,
SMS dkirim pengganti diri.
Tanda ingatan tk lupa dihati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Mohon maaf Zahir & Batin.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
B4 ÄidilfitRI datang,
B4 Ramadhan pergi,
B4 operator bz,
B4 msg asik pending,
B4 kdt abes..
Nk wish awl2, slamat Hari Raya Aidilfitri,
mäÅf zäHir & BÄtin..

BiLe RaYa LiNe Bz GiLa,
MaSa Tu MaKi Pun x GuNa,
MaXis, CeLcoM, DiGi SuMenYa SaMa,
OrG BiJaK x Yah TgGu RaYa,
uCaP sKrG Pn BoLeH aPa!
SeLaMaT HaRì RäYe.

Tiba kita di musim perayaan,
Ramai juga yang shopping sakan.
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.
Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Kian Berlabuh Tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,
Semoga Kesalahan Dimaafi,
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin.

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di aidil fitri.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Di Aidil Fitri Mulia,
Maaf Dipinta andainya TERkasar Bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yg x kena
TERtanya yg x tentu hala
TERsasul yg x sengaja
TERpukul kat mana2
TERpinjam harta benda
TERmoody x semena2
TERumpat bila2 & macam2 lg yg TERsalah & TERsilap.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Pelita indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
SMS dikirim pengganti diri,
tanda ingatan tak layu di hati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
MAAF ZAHIR BATIN

Blm Ramadhan mnjelang kini,
Sdhlh tiba masa dnanti,
Syaitan & Iblis sdh dgari,
Tgllh Jembalang yg baca SMS ini!!!

Lapar Puasa Terketar2,
Bila berbuka lega rasanya,
Kad raya tak sempat nak hantar,
SMS pun kira oklah ye…!

Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
SMS dikirim pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati,
Mohon Maaf Zahir Dan Batin.

Malam-malam lihat lampu jalan,
tengok-tengok hantu raya,
hati-hati diatas jalan,
supaya selamat pulang beraya.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
bulan ramadhan bulan yang mulia,
di sambut dengan hati yang gembira,
kini syawal semakin menjelma,
tangan ku hulurkan maaf dipinta…

Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan;
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan.

Terlebih bisa tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti kan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.. ;b

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Sebelum lidah keluh,
sebelum hati kembali membeku,
sebelum tangan kaku & sulit hanya untuk sekedar minta maaf lewat sms
& sebelum semua operator sibuk..
MOHON Maaf atas semua khilaf yg ku lakukan

Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak de,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tak de yang mengguris jiwe.


Makan Roti Dengan Sekaya,
Selamat Hari Raya

Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
SMS dikirim pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati,
Mohon Maaf Zahir Dan Batin.

Malam-malam lihat lampu jalan,
tengok-tengok hantu raya,
hati-hati diatas jalan,
supaya selamat pulang beraya.

jambangan indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
sms ku kirimkan pengganti diri,
tanda ingatan tak lupa dihati

bulan ramadhan bulan yang mulia,
di sambut dengan hati yang gembira,
kini syawal semakin menjelma,
tangan ku hulurkan maaf dipinta…

Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan;
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan.

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban

kuih makmur kuih tat
mari makan sama ketupat
bukan je selamat hari raya tapi hari raya yang slamat
itu yang perlu kita ingat

Terlebih bisa tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti kan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.. ;b

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
Buah pauh ditengah bendang
Jadi dagangan ditengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita

Sungguh rendang pohon rumbia
Tempat persinggahan sianak kera
Ketupat rendang sudah tersedia
Jemputlah semua menjamu selera

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya

Negara kita aman sentosa
Jangan dilupa orang terinyanya
Makan sudah baju bergaya
Orang fakir jangan dilupa

Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdetum detam
Riang gembira dihari raya
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di hari raya
Bermaaf-maafan riang gembira

Menyeberang lautan melintas negeri
Terbang jauh dari Itali
Datuk nenek muka berseri
Anak cucu telah kembali

Gua Niah pintunya lebar
Dayak dusun jadi penjaga
Datuk nenek tidak tersabar
Kuih tersusun di atas meja

Memukul gendang pelbagai gaya
Amat meriah riang gembira
Ramai bertandang di hari raya
Tersenyum riang sanak saudara

Sebelum lidah keluh,
sebelum hati kembali membeku,
sebelum tangan kaku & sulit hanya untuk sekedar minta maaf lewat sms
& sebelum semua operator sibuk..
MOHON Maaf atas semua khilaf yg ku lakukan

Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak de,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tak de yang mengguris jiwe.

Masak lomak cili api
Campo dongan ! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

secebis kasih membuatkan kita sayang
seucap janji membuatkan kita percaya
sedikit luka membuatkan kita kecewa
tapi sebuah persahabatan selamanya bermakna
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Makan sudah bersalam pon sudah
Duit raya takkan dah lupa.

Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

moon may come,
moon may go,
when syawal come,
ramadhan has to go,
if lebih mkn,
if silap seloroh,
plez 4givekn,
make it zero zero,
selamat hari lebaran,
lebarkn persaudaraan,
kosongkn persengketaan
selamat hri raye,
maaf zahir dan batin

Friday, 25 July 2014

Lailatul Qadr 2014

Kita kini berada dalam 10 Malam terakhir Ramadhan..Bersediakan kita untuk terlepas lagi peluang yang diberi Allah setahun sekali ini?

Tips mencari Al Qadr..



Sehingga kini..Hafazkah kita akan surah Al Qadr ini?






Jangan tak tahu pulak 1000 bulan itu berapa tahun..



Selalulah berdoa dengan DOA dibawah ini..