derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Sunday, 26 January 2014

Bantuan Persekolahan...

Berikut ialah antara gambar-gambar yang sempat diambil semasa proses serahan Bantuan Persekolahan RM100 kepada setiap murid Tahap 1 dan Tahap 2 di SK Kg Medan pada 24 Januari 2014.










Rentas Desa

24 Januari 2014, SK Kg Medan - Larian Rentas Desa telah dilakukan tepat jam 9:00 pagi. Murid-Murid dikumpukan terlebih dahulu di padang sekolah untuk sesi taklimat akhir sebelum Larian Rentas Desa dilakukan. Sebelum larian rentas desa dilakukan, murid-murid membuat senaman ringan atau regangan badan terlebih dahulu. Seterusnya siren pelepasan murid telah dilakukan oleh Penolong Kanan Pendtadbiran, En Ahmad Latfi.


Taklimat awal oleh Cikgu Fakhruddin sebelum larian dilakukan.
Ingat..!! Jangan lari balik rumah tau..!!
Sedikit senaman dan regangan badan dilakukan sebelum larian sebenar dilakukan.
Pemeriksaan akhir sebelum murid dilepaskan. Dah tak sabar-sabar nak berlari. 
Wajah-wajah ceria dan excited sangat nak berlari.
Dengar bunyi siren baru lari. Sebelum tu baca doa naik kenderaan dulu. 
Sebaik siren berbunyi. Berdesup semua lari. Punyalah laju. Sampai tak sempat nak snap peserta pertama yang lari.
Sedar-sedar dah sayup. 
Giliran murid perempuan pula untuk dilepaskan. Juga sangat bersemangat seperti murid lelaki. Tak sabar-sabar nak lari Sebaik siren dibunyikan. Pantas berlari

Kesian. Tak dapat nak lari. Walau hajat sebesar gunung. Tak apa.. Nanti dah sihat. Boleh lari lagi.
 Ni murid Tahap Berapa ni..?


















Nampak kamera baru laju nak lari.
Mula-mula bersemangat. Baru suku jalan dah pancit. Last-lasat..Bukan larian rentas desa..Tapi berjalan-jalan lenggang kangkung sambil melawat desa.
Antara guru chek point. Ramai wehh..!! Tak larat nak snap semua.










Setelah tamat larian rentas desa. Menunggu keputusan siapa pertama dan terakhir.


Tahniah..Memang ada muka pecut ni..Kecut pun ada jugak.

Tahniah kepada semua yang berlari bersungguh-sungguh. Tak sia-sia lari laju. Dapat rantai leher besar punya. Bukan senang tu. Apa-apa pun..Tahniah..Tahniah..!!

Sunday, 12 January 2014

Selamat Hari Jadi Ya Rasulullah..

Salam Maulidur Rasul. Semoga Tahun ini akan berputik rasa kasih dan sayang kepada Baginda. Menumbuhkan rasa cinta kepadanya. Tapi bukan cinta biasa, atau cinta bersulam dusta seperti diatas. Agar kita tidak tergolong dalam kalangan 2 Abu yang pertama.

Untuk menambahkan rasa Cinta kepada Baginda. Banyak caranya. Antaranya, perbanyakkan berselawat kepada Baginda, tidak kira masa, dimana sahaja. Anytime, Anywhere, Anyplace..Insyallah..Cinta akan mekar dan mewangi.

Cara yang kedua..Kenali sedalam-dalamnya peribadi Baginda..Barangnya..Makanannya..Pakaiannya..Tawanya..Cara berjalannya, duduknya..Berbualnya..Dan segala-galanya mengenai Baginda. Insyallah.. Mata akan sebak mengenangkan kasih Baginda kepada umatnya.
 
Kasut atau sandal yang digunakan Baginda.
 Cincin yang digunakan untuk cop sebarang urusan rasmi.
 Mangkuk yang digunakan untuk menghilangkan dahaga.
 Rumah dimana Baginda pernah tinggal.
 Antara pakaian, serban dan tongkat yang digunakan Baginda
 Jubah Baginda..Kasar dan murah harganya

 Pedang yang pernah digunakan dalam beberapa siri peperangan. Bukan lambang keganasan, tapi untuk mempertahankan diri
 Salah satu sahabat Nabi yang masih hidup hingga ke hari ini. Ini poko yang pernah menjadi tempat baginda menumpang teduh. Terletak ditengah padang pasir dibumi Jordan.
 Antara helaian rambut Baginda
 Bekas tapak kaki Baginda

 Gamis yang pernah digunakan.
 Baju yang pernah dipakai Baginda. Keras dan kasar.
 Topi peperangan yang dipakai Baginda.

Masih tidak cinta. Tidak mengapa. Usahakan dari sekarang. Insyallah Cinta akan hadir.


Selawat dan salam keatas mu Ya Rasulullah..

Wednesday, 8 January 2014

Masa Untuk Belajar..Time For Learn..ساعة للدراسة

 Ayuh Semua Murid dan Anak-Anak Di SKKM!!!
Sekarang ini, masa ini..Saat ini..
Tahun ini..2014
Adalah MASA Untuk Belajar..
Jangan BERTANGGUH lagi..
Jangan tunggu dah Tahun 6..
Jangan tunggu Nanti..
Carilah ilmu dimana-mana sahaja..
Dengan sesiapa sahaja..
Kerana dengan ILMU..
Kita akan selamat..
Dunia dan AKHIRAT..!!
Selamat Belajar...!!

Wednesday, 1 January 2014

Selamat Kembali Ke SKKM!


SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Selamat bersekolah kembali anak-anak SKKM semua..!!
Tahun yang baru 2014
Kelas yang baru..
Pelajaran yang baru..
Buku yang baru..
Pakaian..alat tulis..kasut..semua yang baru..
Tapi jangan lupa..
Tanamkan azam,niat dan tekad yang baru..
Dan jangan dilupa..
Ibu dan bapa..Yang telah bergolok bergadai menyediakan semua yang terbaru untuk anda..
Kalau tidak..
Kesian ibu dan bapa..
Jadi haru biru..



Apa-apa pun..Selamat Bersekolah semula..
Belajar rajin-rajin ya..