derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Sunday, 26 January 2014

Rentas Desa

24 Januari 2014, SK Kg Medan - Larian Rentas Desa telah dilakukan tepat jam 9:00 pagi. Murid-Murid dikumpukan terlebih dahulu di padang sekolah untuk sesi taklimat akhir sebelum Larian Rentas Desa dilakukan. Sebelum larian rentas desa dilakukan, murid-murid membuat senaman ringan atau regangan badan terlebih dahulu. Seterusnya siren pelepasan murid telah dilakukan oleh Penolong Kanan Pendtadbiran, En Ahmad Latfi.


Taklimat awal oleh Cikgu Fakhruddin sebelum larian dilakukan.
Ingat..!! Jangan lari balik rumah tau..!!
Sedikit senaman dan regangan badan dilakukan sebelum larian sebenar dilakukan.
Pemeriksaan akhir sebelum murid dilepaskan. Dah tak sabar-sabar nak berlari. 
Wajah-wajah ceria dan excited sangat nak berlari.
Dengar bunyi siren baru lari. Sebelum tu baca doa naik kenderaan dulu. 
Sebaik siren berbunyi. Berdesup semua lari. Punyalah laju. Sampai tak sempat nak snap peserta pertama yang lari.
Sedar-sedar dah sayup. 
Giliran murid perempuan pula untuk dilepaskan. Juga sangat bersemangat seperti murid lelaki. Tak sabar-sabar nak lari Sebaik siren dibunyikan. Pantas berlari

Kesian. Tak dapat nak lari. Walau hajat sebesar gunung. Tak apa.. Nanti dah sihat. Boleh lari lagi.
 Ni murid Tahap Berapa ni..?


















Nampak kamera baru laju nak lari.
Mula-mula bersemangat. Baru suku jalan dah pancit. Last-lasat..Bukan larian rentas desa..Tapi berjalan-jalan lenggang kangkung sambil melawat desa.
Antara guru chek point. Ramai wehh..!! Tak larat nak snap semua.










Setelah tamat larian rentas desa. Menunggu keputusan siapa pertama dan terakhir.


Tahniah..Memang ada muka pecut ni..Kecut pun ada jugak.

Tahniah kepada semua yang berlari bersungguh-sungguh. Tak sia-sia lari laju. Dapat rantai leher besar punya. Bukan senang tu. Apa-apa pun..Tahniah..Tahniah..!!

No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini