derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Sunday, 12 January 2014

Selamat Hari Jadi Ya Rasulullah..

Salam Maulidur Rasul. Semoga Tahun ini akan berputik rasa kasih dan sayang kepada Baginda. Menumbuhkan rasa cinta kepadanya. Tapi bukan cinta biasa, atau cinta bersulam dusta seperti diatas. Agar kita tidak tergolong dalam kalangan 2 Abu yang pertama.

Untuk menambahkan rasa Cinta kepada Baginda. Banyak caranya. Antaranya, perbanyakkan berselawat kepada Baginda, tidak kira masa, dimana sahaja. Anytime, Anywhere, Anyplace..Insyallah..Cinta akan mekar dan mewangi.

Cara yang kedua..Kenali sedalam-dalamnya peribadi Baginda..Barangnya..Makanannya..Pakaiannya..Tawanya..Cara berjalannya, duduknya..Berbualnya..Dan segala-galanya mengenai Baginda. Insyallah.. Mata akan sebak mengenangkan kasih Baginda kepada umatnya.
 
Kasut atau sandal yang digunakan Baginda.
 Cincin yang digunakan untuk cop sebarang urusan rasmi.
 Mangkuk yang digunakan untuk menghilangkan dahaga.
 Rumah dimana Baginda pernah tinggal.
 Antara pakaian, serban dan tongkat yang digunakan Baginda
 Jubah Baginda..Kasar dan murah harganya

 Pedang yang pernah digunakan dalam beberapa siri peperangan. Bukan lambang keganasan, tapi untuk mempertahankan diri
 Salah satu sahabat Nabi yang masih hidup hingga ke hari ini. Ini poko yang pernah menjadi tempat baginda menumpang teduh. Terletak ditengah padang pasir dibumi Jordan.
 Antara helaian rambut Baginda
 Bekas tapak kaki Baginda

 Gamis yang pernah digunakan.
 Baju yang pernah dipakai Baginda. Keras dan kasar.
 Topi peperangan yang dipakai Baginda.

Masih tidak cinta. Tidak mengapa. Usahakan dari sekarang. Insyallah Cinta akan hadir.


Selawat dan salam keatas mu Ya Rasulullah..

No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini