derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Sunday, 16 February 2014

Kem Bestari Solat SKKM Siri 1

15 Febuari 2014 - SK Kg Medan - Panitia Pendidikan Islam SKK untuk Tahun 2014 ini telah memulakan Kem Bestari Solat bagi Siri Pertama melibatkan murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2. Tentatif program bermula seawal jam 8:00 pagi dengan sesi perhimpunan di Dataran SKKM. Acara bermula dengan Taklimat ringkas yang disampaikan oleh Ustazah Asmahaney. Seterusnya bacaan doa, dan kemudian murid-murid dibahagi-bahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut Tahap, Tahun dan Bab yang perlu dipelajari.

Bagi murid Tahun 1,2 dan 3. Kem dilakukan di Kelas masing-masing. Melibatkan aktiviti Bacaan di dalam Solat iaitu Doa Iftitah. Manakala murid Tahun 4, ditempatkan di Surau Al Falah, subjek yang ditekankan ialah kepelbagaian dalam melakukan Solat Berjemaah. Praktikal kepelbagaian dalam Solat Berjemaah telah dilakukan.

Murid Tahun 5 pula ditempatkan di Balai Serbaguna yang menekankan subjek teori dan amali Azan serta Iqomah.

Manakala murid Tahun 6 pula direhatkan buat sementara waktu, kerana terlibat dengan kelas tambahan Tahun 6 yang dilakukan setiap hujung minggu.

Kem tamat pada jam 10:00 pagi dengan murid mengambil sarapan di kantin. Kem Bestari Solat Siri 2 seterusnya akan menyusul kemudian.

No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini