derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Monday, 10 February 2014

Kem Pemimpin Muda Gemilang


Pada 5 Febuari 2014, bertempat di Homestay Hajah Yamah, Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah mengadakan satu kem sehari, khusus untuk Pemimpin-Pemimpin Muda daripada SK Kg Medan, iaitu melibatkan murid-murid Tahap 2, yang telah dilantik sebagai Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua dan Penolong Ketua Kelas.
 
Antara pengisian program, ialah ceramah yang disampaikan oleh Us Adzuan Hafiz, Latihan Dalam Kumpulan, Permainan bagi membina keyakinan diri, tunjuk ajar latihan menjadi pemimpin dan sebagainya.
Program bermula seawal jam 8:00 pagi dan berakhir sekitar 4:30 petang. Program telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Kg Medan, iaitu Cikgu Shaffei Bin Mohamad. Turut hadir bersama Guru Penolong Kanan Pentadbiran, En Ahmad Latfi Bin Kadri, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, En Sazali.

Antara acara yang paling menarik ialah apabila diberi peluang untuk mandi dan terjun ke dalam kolam. Lihatlah gaya-gaya yang menakutkan ini. 

Jika diberi peluang menyertai sukan Olimpik, insyaallah, Malaysia boleh menjadi juara!









No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini