derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Monday, 10 February 2014

Pra Motivasi Oleh Cikgu Shahbudin

Pada minggu lepas, 6 Febuari 2014, satu ceramah pra pengenalan dan motivasi khusus bagi murid Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR 2014 ini, serta bakal calon UPSR 2015, murid Tahun 5 SKKM, telah dihimpunkan di Surau Al Falah, SK Kg Medan, bagi mendengar dan mendapatkan tips-tips dan kata-kata semangat serta panduan yang diberikn oleh Penceramah dan Pakar Motivasi berpengalaman, iaitu Cikgu Syahbuddin.
Antara ilmu yang dapat dikutip dan tips-tips menarik yang diberikan oleh Cikgu Shahbudin ialah:

1. Banyakkan membaca Al Quran, supaya hati lebih terang dan mudah untuk belajar. Antaranya banyakkan membaca Surah Al A'la ayat 7 dan 8 sambil membuat sedikit senaman ringkas iaitu berupa urutan daripada kepala hingga ke lutut.

2.Mulakan dengan sarapan sunnah yang berkhasiat iaitu banyakkan memakan kekacang, kurma, kismin, susu dan rajin-rajinlah berpuasa.

3. Yakin dan percaya dengan kebolehan diri sendiri.

4.Hormati guru dan rakan-rakan.

Dan untuk mengetahui tips-tips lain, jangan malu untuk berjumpa dengan Us Azwan.!

No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini