derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Monday, 17 February 2014

Terukir Di Bintang

17 Febuari 2014 - SK Kg Medan.
Program yang diberi nama Terukir Di Bintang telah dianjurkan dan dirasmikan buat kali pertama di SK Kg Medan, hasil daripada perbincangan dan kerjasama antara Majlis Permuafakatan Sekolah-Sekolah DUN Sijangkang dengan kerjasama Guru Bimbingan & Kaunseling Sekolah-Sekolah DUN Sijangkang.

Program ini yang melibatkan gabungan 6 buah sekolah sekitar DUN Sijangkang iaitu SK Kg Medan, SK Jalan Tanjung, SK Telok Panglima, SK Sijangkang Jaya, SK Sijangkang dan SK Kebun Baru. Sasaran program ini adalah khusus untuk murid-murid yang berpotensi untuk digilap bakat, kebolehan, kemahiran dan peribadi mereka dalam menzahirkan segala kebolehan, bakat dan ilmu yang ada agar menjadi insan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

Program ini telah dirasmikan oleh Dr Yunus Bin Hj Hairi selaku Yang Dipertua PIBG SK Kg Medan bersama barisan para Guru Besar dari sekolah-sekolah yang terlibat.

Untuk pusingan pertama, SK Kg Medan menjadi sekolah pertama pelancaran program ini yang seterusnya akan dijalankan pula disekolah-sekolah lain mengikut jadual yang telah ditentukan. Program bermula daripada jam 7:30 pagi hingga tamat waktu persekolahan.

No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini