derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Saturday, 29 March 2014

Perpisahan GB SKKM

20 Mac 2013. Dewan Wawasan Kg Medan
Guru Besar melangkah masuk ke Dewan Wawasan
Mantan PK Pentadbiran. Puan Rozita turut hadir. Tahniah!
Satu Majlis Perpisahan Guru Besar SK Kg Medan, iaitu Cikgu Shaffei Bin Mohmad telah diadakan di Dewan Wawasan Kg Medan. Majlis bermula seawal jam 7.30 pagi, dengan murid-murid dihimpunkan terlebih dahulu di tapak perhimpunan, dan disusuli dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Majlis seterusnya disambung dengan bacaan Doa Ringkas bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan para krew dan penumpang pesawat MH370 yang hilang semenjak 8 Mac 2014 hingga kini, yang dibacakan oleh Ustaz Adzuan Hafiz Bin Ahmed.


Seterusnya murid-murid digerakkan ke Dewan Wawasan untuk agenda seterusnya.
Bersama En Ahmad Latfi PK Pentadbiran & En Sazali PK Hem
Majlis diteruskan dengan sambutan alu-aluan dan meraikan Guru Besar SK Kg Medan, Cikgu Shaffei yang melangkah masuk ke Dewan Wawasan diiringai oleh guru-guru Penolong Kanan SK Kg Medan, iaitu Cikgu Ahmad Latfi Bin Kadri, Cikgu Ahmad Sazali dan Puan Zaleha.

Pengerusi Majlis Cikgu Yahya & Puan Ahila
Ucapan Ketua Murid. Adik Farhat Iqbal
Seterusnya bacaan doa selamat yang disampaikan oleh Ustaz Adzuan Hafiz Ahmed, Ucapan Ketua Murid SK Kg Medan yang disampaikan oleh adik Mohd Farhat Iqbal, dan seterusnya ucapan yang diraikan, oleh Cikgu Shaffei sendiri, antara pesanan dan nasihat terakhir yang diberikan, meminta agar murid-murid dan guru-guru SK Kg Medan meneruskan proses kecemerlangan samaada di dalam bidang akademik mahupun sahsiah,bersatu padu, saling bekerjasama dan membuat yang terbaik untuk SK Medan. Beliau juga memohon ribuah kemaafan atas sebarang kekurangan, kesilapan dan kelemahan yang ada sepanjang berkhidmat di SK Kg Medan yang menjangkau hampir 8 tahun. Seterusnya beliau mengharapkan agar hubungan baik dan silaturrahim yang terjalin selama ini dikekalkan sampai bila-bila. Beliau juga turut mendoakan kesejahteraan semua murid di SK Kg Medan, para guru dan tidak dilupa doa dari warga SK Kg Medan sendiri agar beliau dapat bertugas dengan baik di sekolah yang baru nanti iaitu di SK Morib yang akan berkuatkuasa pada 31 Mac 2014 in, iaitu sebaik cuti penggal persekolahan 1 dibuka nanti.

Selesai ucapan, persembahan murid dan guru dilakukan yang telah disusun dan dikendalikan oleh Cikgu Yahya.
Seterusnya, majlis penyampaian hadiah dan sumbangan seikhlas hati dari warga SK Kg Medan kepada Cikgu Shaffei, seterusnya ucapan salam, selamat dan permohonan maaf dari seluruh warga SK Kg Medan buat Guru Besar SK Kg Medan yang dikasihi dan dihormati selama ini.

Majlis di akhiri dengan sedikit jamuan ringkas di Balai Serbaguna SK Kg Medan, sesi bergambar kali akhir warga SK Kg Medan dan salam terakhir dari seorang guru kepada anak didiknya di SK Kg Medan selama ini.

Berikut ialah gambar-gambar sepanjang Majlis tersebut berlansung. Harap maaf...Tidak semua gambar dapat dimasukkan.


Menerima tanda kasih dan ingatan dari anak didik SKKM. Kecil tapi bermakna.
  
Ampun dan Maaf dipinta.

Gandingan Mantap.

Sifat seorang ayah yang penyayang


Salam akhir buat anak-anak di SKKM

Ampun dan maaf cikgu..!!

Masih sempat bertanya khabar..

Sangat sporting dan mesra

Sedia mendengar cerita anak-anaknya

Masih malu-malu walau selalu berjumpa



Semoga doa dan pelukan seorang Guru akan meberikan semangat baru buat anakku

Antara peminat yang meminatinya




No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini