derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Monday, 19 May 2014

Jadual Penilaian Pertengahan Tahun 2014



Selamat Hari Guru

 
16 Mei 2014, satu tarikh yang dinanti-nanti dan ditunggu oleh kebanyakkan guru.
Bukan masuk gaji atau dapat bonus. Tapi Hari Guru.
Seronok menunggu berapa banyak hadiah yang akan diterima daripada anak-anak murid.
Semakin banyak, semakin glamourlah kononnya tu..
Tapi yang penting, bukan banyak atau sedikitnya hadiah.
Yang penting, tanda ingatan dan terima kasih beberapa anak murid daripada 
ratusan murid yang ada.
Kadang-kadang hadiah datang daripada anak murid yang tidak pernah diajar.
Kadang-kadang mendapat hadiah tertulis nama guru lain. Mungkin saat akhir berubah hati.
Namun anak-anak kecil ini menghargai..Yang menilai dengan hati kecil mereka..
Yang mengenali, yang menghargai penat lelah dan jasa guru-guru mereka.
Maka hadiah keci yang bermakna diberi penuh rasa.
Walau ada yang memandang sebelah mata.
Alah..hadiah kecik jer..
Buat menyemak jer..
Tidak semua..
Tapi ada..
Tapi bagi guru..
Bukan itu sebenar yang dipinta..
Apatah bayaran yang berganda..
Juga bukan hadiah yang mahal menggila.
Cukup sekadar coretan terima kasih diatas sekeping kertas..
Atau sekuntum bunga..
Ia cukup memadai..

Jadi pada 16 Mei 2014, SKKM seperti mana sekolah-sekolah lain seluruh negera, turut meraikan sambutan Hari Guru dengan cara yang cukup meriah tapi sederhana.

Majlis dimulakan dengan perhimpunan murid di Dataran Sekolah, Nyanyian Lagu Negeraku, Lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah, bacaan doa dan taklimat ringkas daripada guru bertugas.
Jamuan Buat Guru SKKM sebelah petang di Restoren Hajah Yamah

Seterusnya acara yang dinanti-nanti oleh para guru dan murid ialah penyampaian hadiah kepada guru yang disayangi. Meriah dan ceria!

Seterusnya murid bergerak ke Dewan Wawasan untuk aktiviti seterusnya. Antara aktiviti yang dilakukan ialah Ucapan Guru Besar, Ucapan wakil Kementerian sempena Hari Guru dan seterusnya persembahan yang disampaikan oleh para murid dan juga guru.

Majlis selesai sekitar jam 12:00 tengahhari.