derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Sunday, 29 June 2014

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

 

Ahlan Wa Sahlan..Selamat Datang Ramadhan..Selamat Datang..Semoga Kedatangan Ramadhan kali ini benar-benar memberi nikmat dan rahmat buat kita semua. Dan sewajarnya kita melakukan Sujud Syukur ke hadrat Allah..Kerana dipanjangkan umur..Diterima doa agar diberi kesempatan untuk dapat menghirup dibawah udara Ramadhan buat kesekian kalinya.

Disini dipaparkan 50 fakta menarik tentang Bulan Ramadhan untuk makluman dan info kita semua.
  1. Bulan yang ke-9 dalam bulan-bulan islam
  2. Mula di isytiharkan untuk berpuasa pada 2 Sya'ban tahun 2 Hijrah
  3. Bulan yang lebih baik dari seribu bulan
  4. Umat islam wajib berpuasa selama 30 hari
  5. Terdapat solat sunat terawih yang tidak ada dalam bulan islam lain
  6. Pahala wajib digandakan 70 kali ganda
  7. Pahala sunat digandakan sama seperti pahala wajib bulan biasa
  8. Terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam Lailatul Qadar
  9. Malam Lailatul Qadar berlaku di antara 10 malam terakhir 
  10. Malam Lailatul Qadar terjadi pada malam ganjil 10 malam terakhir
  11. Solat sunat terawih mula didirikan pada malam sebelum kita berpuasa ke esokan hari
  12. Pada hari ke-30 kita berpuasa, tidak ada Solat sunat terawih
  13. Syaitan dan Iblis telah di ikat
  14. Ahli kubur tidak diseksa sepanjang bulan Ramadhan
  15. Berpuasa dalam bulan Ramadhan termasuk dalam 5 rukun Islam yang wajib bagi semua orang islam
  16. Terdapat hari iftar untuk umat islam berbuka beramai-ramai
  17. Umat islam diwajibkan membayar zakat fitrah dalam bulan Ramadhan
  18. Kita digalakkan melambatkan sahur dan mempercepatkan berbuka sebaik sahaja azan
  19. Sahur adalah sunat ketika berpuasa
  20. Sahur adalah untuk kita bertenaga sepanjang hari supaya kita dapat memperbanyakkan ibadah
  21. Sahur tamat pada waktu imsak
  22. Bersedekah amat digalakkan dalam bulan Ramadhan
  23. Memberi makanan kepada orang berbuka merupakan keutamaan dalam bulan Ramadhan
  24. Maksud puasa ialah menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari beserta niat
  25. Umat islam digalakkan berbuka dengan kurma dan air
  26. Batal berpuasa sekiranya bersetubuh pada siang hari 
  27. Makhruh jika tidur sepanjang hari, pengsan, bersugi selepad zohor, menangis
  28. Batal jika memasukan sesuatu dalam rongga termasuk kentut dalam air
  29. Tidak batal jika berbekam dan derma darah
  30. Boleh merasa makanan selagi belum masuk ke kerongkong
  31. Ramai yang hanya mendapat lapar dan haus ketika berpuasa
  32. Pada bulan Ramadhan segala kejahatan adalah hasutan nafsu
  33. Kita mesti mengelak bercakap perkara dusta, sia-sia dan kotor ketika berpuasa di bulan Ramadhan
  34. Sebelum bulan Ramadhan ialah bulan Sya'ban
  35. Selepas bulan Ramadhan ialah bulan Syawal.
  36. Solat suna terawih boleh didirikan sebanyak 8 rakaat atau 20 rakaat. 
  37. Setiap 2 rakaat, salam (solat sunat terawih)
  38. Disunatkan witir selepas terawih
  39. Solat terawih didirikan selepas Isyak
  40. Akan diampunkan segala dosanya sekiranya solat sunat terawih dengan penuh keimanan dan bersungguh memohon keredaan Allah
  41. Pintu syurga dibuka dengan luas
  42. Semua pintu neraka ditutup
  43. Terdapat syurga untuk orang berpuasa iaitu pintu syurga Ar-Rayyan
  44. Malaikat turun kebumi pada malam Lailatul Qadar
  45. Berpuasa di bulan Ramadhan adalah rukun yang ke-tiga dalam rukun islam
  46. Bulan Ramadhan hendaklah kita memperbanyakkan bersedekah
  47. Pahala orang yang uzur (haid, nifas, wiladah dll) adalah sama dengan orang berpuasa
  48. Menahan diri daripada makan dan minum pada bulan Ramadhan
  49. Menahan lapar ketika berpuasa di bulan Ramadhan
  50. Bulan yang penuh dengan kebaikan dan keberkatan, Bulan Ramadhan.

No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini