derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Saturday, 14 June 2014

Cuti Dah Nak Habis..Jom Kembali Ke Sekolah

 

Hari ini 14 Jun 2014. Tinggal 1 hari lagi sebelum persekolahan bermula.
Jadi bagaimana. Sudah bersedia untuk bersekolah semula ? Jadi disini ada beberapa tips sebelum melangkah kaki semula ke sekolah. Antaranya:

Pertama: Pastikan semua kerja rumah ( sekolah ) yang diberikan telah diselesaikan. Jika tidak. Tahu-tahulah nanti. Mesti kena bebel dan didenda oleh guru.

Kedua: Kasut..Baju..Seluar..Beg..Dan segala peralatan alat tulis telah disediakan. Tak perlu beli yang baru. Kecuali kalau dah tiada atau tidak boleh digunakan lagi. Jangan susahkan ibu bapa..Gunakan apa yang ada. Jimat sikit.

Ketiga:Rambut dah dipotong cantik? Pastikan rambut tidak panjang..Atau botak..Atau mengikut fesyen terkini yang nipis sebelah..Tebal sebelah. Nanti kena potong free..Baru tahu.

Keempat: Pastikan tanda nama..Lencana..Tali leher ada dan berada di tempatnya.

Kelima:Hmm..Kenderaan ke sekolah. Jika yang menggunakan basikal. Chek balik. Mana tahu pagi Isnin nak bertolak ke sekolah tengok-tengok tayar pancit..Tayar takde..Rantai putus dan macam-macam lagi. Kan dah rosak mood nak ke sekolah.

Keenam:Pastikan jadual dan buku teks yang perlu dibawa. Ingat..Mula sekolah bermakna bermula balik pembelajaran macam biasa.

Ketujuh:Pastikan anda bersemangat nak ke sekolah. Niat awal-awal..Niat yang baik-baik. Fikir yang positif. Seronok nak ke sekolah. Jangan fikir yang bukan-bukan atau rasa bosan dan malas nak ke sekolah.

Kelapan : Mintak izin dan restu daripada Mak dan Ayah. Beritahu mereka anda nak ke sekolah dan tak sabar sangat dah. Mesti dapat duit belanja lebih.

Ok..Rasanya itu sahaja tips kali ini. Semoga dapat membantu serba sedikit.

No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini