derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Monday, 23 June 2014

Hari Interaksi Bersama Ibu Bapa

21 Jun 2014 - Sabtu.
Hari Interaksi atau Hari Komunikasi bersama para Ibu Bapa dan Penjaga murid SKKM telah diadakan pada 21 Jun 2014, hari Sabtu, bertempat dikelas masing-masing. Seawal jam 7:45 pagi, telah kelihatan beberapa orang Ibu Bapa dan Penjaga yang hadir awal mungkin atas urusan masing-masing.

Gambar contoh bagaimana Interaksi dilakukan.
Secara am, Hari Interaksi ialah hari dimana para Ibu Bapa dan Penjaga dapat bertemu dan berbincang tentang prestasi pelajaran dan akhlak anak masing-masing disekolah dengan secara lebih terbuka, telus dan santai, disamping menerima slip keputusan peperiksaan pertengahan tahun baru-baru ini.

Majlis berakhir jam 11:00 pagi. Secara keseluruhan kehadiran Ibu Bapa dan Penjaga memuaskan, walau pun ada juga murid yang Ibu Bapa atau Penjaganya tidak hadir lansung, mungkin atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini