derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Monday, 23 June 2014

UNICAMP

Pada tarikh 21 hingga 22 Jun 2014 yang lepas, satu perkhemahan peringkat sekolah           ( UNICAMP ) telah diadakan. Bertempat di padang sekolah.

Pendaftaran murid dilakukan pada jam 3:00 petang. Sesi taklimat dan pecah bedungan telah dilakukan. Usai taklimat, murid-murid bergegas memasang khemah yang telah disediakan. Kelihatan ada yang siap memasangnya tidak sampai 10 minit, mungkin pengalaman lepas banyak membantu. Tidak kurang juga yang terkial-kial dan resah sambil memasang khemah dibawak terik mentari yang sememangnya agak menyengat. Akhirnya kesemua khemah siap dipasang.

Seterusnya peserta kem menunaikan solat Asar berjamaah, minum petang dan membuat serba sedikit latihan dan persiapan untuk persembahan malam kebudayaan nanti.


Selesai berlatih, tiba waktu makan malam. Ramai yang mengadu "ayamnya tersangatlah pedas.." tak kurang juga "nasinya keras la..macam mentah pun ada.." 

Waktu Maghrib pula diisi dengan solat berjamaah dan bacaan Yassin. Selesai solat, para peserta bergegas ke Balai Serbaguna untuk aktiviti yang sangat dinantikan iaitu Persembahan Malam Kebudayaan dengan Tema Isu Semasa. Rata-rata para peserta menunjukkan komitmen dan kesungguhan dalam menunjukkan kreativiti masing-masing. Ada yang malu-malu..Ada juga yang terover..Ada yang sporting gila.

Aktiviti malam juga dimeriahkan dengan BBQ yang diuruskan oleh beberapa guru yang sibuk memanggang satu demi satu perapan yang disediakan. Ayam,ikan dan sosej panggang. Sambil ber BBQ, para peserta menunjukkan bakat dan aksi kumpulan masing-masing.


Selesai persembahan. Makan malam dan bersiap untuk tidur.

Hari kedua - 22 Jun, aktiviti bermula dengan Solat Subuh berjamaah, kuliah subuh. Selesai kuliah, peserta bergegas minum pagi kerana aktiviti seterusnya akan dijalankan. Aktiviti berikut lebih kepada kecergasan fizikal dan tidak kurang juga mental. Meriah dan bersemangat para peserta melakukan aktiviti yang disediakan.

Sesi seterusnya ialah bersiap-siap untuk aktiviti kedua,yang dikatakan Explore Race. Peserta bergegas ke sana dan kemari menyelesaikan misi yang diberikan.

Majlis seterusnya berakhir dengan ucapan perasmian penutup yang disampaikan YB Tuan Dr Ahmad Yunus Bin Hj Hairi, EXCO Kerajaan Negeri Selangor, merangkap YDP PIBG SK Kg Medan.

Majlis berakhir sekitar jam 4:00 petang.

PERHATIAN!!

Untuk dapatkan koleksi gambar-gambar anda semasa UNICAMP baru-baru ini, sila dapatkan daripada Us Azwan.

No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini