derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Tuesday, 30 September 2014

UPSR Second Round

Selamat Menjawab Peperiksaan Anak-Anak Semua..
Anggaplah ini semua dugaan..



Semoga diberi kejayaan dunia dan akhirat.

Pusingan ke tiga selepas Hari Raya nanti..Sabo je la ye

Tuesday, 23 September 2014

Gambar Sekitar Mahrojan JQAF 2014


Mahrojan JQAF Peringkat Daerah Kuala Langat

Pertandingan Kuiz Perdana Pendidikan Islam
23 September 2014, Selasa.
Sekolah Kebangsaan Kampung Medan, buat pertama kali telah dipilih menjadi tuan rumah bagi Mahrojan JQAF Peringkat Daerah Kuala Langat 2014. Mahrojan yang melibatkan penglibatan dan penyertaan daripada 30 buah Sekolah Kebangsaan seluruh Daerah Kuala Langat.
Peserta Kalam Jamaie
 Antara acara yang dipertandingkan ialah Kalam Jamaie, Dikir Barat Berbahasa Arab, Tilawah Al Quran Lelaki Dan Perempuan serta Kuiz Perdana.
Peserta Kalam Jamaie
 Majlis bermula sekitar jam 9:00 pagi kerana melibatkan jumlah penyertaan yang agak besar, terutamanya peserta Tilawah Lelaki dan Perempuan yang menjangkau hampir 26 orang peserta.
Peserta Tilawah Perempuan
 Kesemua acara bermula serentak, iaitu pertandingan Kalam Jamaie dan Dikir Barat dilakukan di Dewan Wawasan, Tilawah Al Quran lelaki di Pusat Sumber, Tilawah Al Quran Perempuan di Surau Al Falah dan Kuiz Perdana di Dewan Peperiksaan Murid Tahun 6.
Peserta Tilawah Lelaki
 Majlis berjalan dengan baik dan lancar, walaupun melibatkan sesi persekolahan yang sedang berlansung.

Johan Keseluruhan

Majlis berakhir sekitar jam 1:30 petang, dengan
 juara keseluruhan dirangkul oleh SK Kebun Baru.Tahniah diucapkan.

Bagi peserta atau guru yang ingin mendapatkan salinan gambar-gambar sepanjang Mahrojan berlansung, sila hubungi Us Azwan di talian 013-340 2945.









Sunday, 21 September 2014

Mahrojan JQAF



Bermula Selasa ini, 23 September 2014, Sekolah Kebangsaan Kampung Medan akan menjadi tuan rumah bagi Mahrajan JQAF Peringkat Daerah Kuala Langat. Mahrojan ini yang melibatkan sekolah-sekolah yang mempunyai program JQAF sekitar Daerah Kuala Langat ini, akan bermula pada jam 7:30 pagi sehingga 1:30 tengahhari.

Antara sekolah yang terlibat ialah SK Kampung Medan, SK Kebun Baru, SK Sijangkang Jaya, SK Sijangkang, SK Seri Cheding, SK Sungai Kelambu, SK Seri Lanang dan SK Jenjarom 

Antara acara yang akan dipertandingkan ialah Kalam Jamaie, Dikir Barat Berbahasa Arab, Tilawah Al Quran Dan juga Kuiz.


Selamat Menjawab IMTIHAN PSRA

Besok, bermula 22hb, akan berlansung pula Imtihan ( Peperiksaan ) PSRA atau Peperiksaan Sekolah Rendah Agama bagi sekolah-sekolah rendah agama negeri Selangor. Semoga semua calon-calon telah bersedia dan dapat menjawab sebaik mungkin.

JADUAL PEPERIKSAAN PSRA 2014




Friday, 12 September 2014

UPSR Yang Bocor..!!



Menarik untuk dikongsi bersama..

sila klik..

Luahan Hati Bapa

Luahan hati kebanyakkan ibu bapa..guru..dan murid yang tidak pandai meluahkan apa yang terbuku di dada..Tapi itulah hakikatnya

Monday, 8 September 2014

Jadual UPSR 2014




Selamat Menghadapi Peperiksaan UPSR 2014

Kepada semua calon UPSR 2014 SK Kg Medan, perjuangan anda bermula esok. Selamat Menghadapi Peperiksaan. Insyaallah kejayaan milik ANDA!


 Tanda dengan kemas dan betul. Semak semula jawapan. Pastikan semua soalan dijawab. Iringkan dengan Bismillah dan Selawat.





Thursday, 4 September 2014

UPSR

UPSR menjelang tiba..
Tidak lama lagi..hanya beberapa hari sahaja lagi.
Hari ini 4 September 2014..ketika artikel ini ditulis
UPSR pada 9 September 2014..Bersamaan hari Selasa.
Dan seterusnya pada Rabu dan juga Khamis.
Jadi..
Apa persediaan yang sudah dilakukan?
Apa persediaan akhir yang perlu dibuat?
Pelbagai kelas tambahan, pagi, petang dan malam telah dibuat
Bermacam ceramah, motivasi, seminar, bengkel telah dilakukan
Beratus-ratus latihan dan latih tubi tidak berhenti-henti

Bayangkan betapa gembiranya jika anak-anak dapat menyampaikan khabar gembira buat ayah dan ibu seperti ini nanti

Tapi..
Berapa kali kita bangun malam menadah tangan, berdoa memohon kepada Nya..?
Berapa kali solat Hajat dilakukan..
Berapa hari kita berpuasa kerana Nya..
Berapa kali YASSIN yang ikhlas kita lakukan.
Mungkin hanya beberapa kali..
Itupun atas paksaan dan inisiatif pihak lain..
Pihak sekolah..Masjid..PIBG..


Tidak inginkah adik-adik melihat titisan air mata gembira seorang ibu dengan kejayaan adik-adik semua?

Kenapa tidak buat sendiri..?

Jadi kepada adik-adik semua..
ALLAH Maha Pengasih..Maha Penyayang..
Berdoalah kepadaNya..
Tidak ada istilah terlambat..Terlewat.atau tidak sempat..
Jika ia lahir dari hati yang pasrah..bersih..
Pasti ALLAH menerimanya..

Tidak ada yang mustahil jika ALLAH mengizinkan. Tapi mintalah kepada NYA

SEKARANG..BERDOALAH SEPUAS-PUASNYA..!!
MINTALAH SEBANYAK-BANYAKNYA..!!
MINTALAH TANPA JEMU DAN RAGU..!!
PASTI KEJAYAAN MILIK MU..!!
AMIN.