derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Tuesday, 23 September 2014

Mahrojan JQAF Peringkat Daerah Kuala Langat

Pertandingan Kuiz Perdana Pendidikan Islam
23 September 2014, Selasa.
Sekolah Kebangsaan Kampung Medan, buat pertama kali telah dipilih menjadi tuan rumah bagi Mahrojan JQAF Peringkat Daerah Kuala Langat 2014. Mahrojan yang melibatkan penglibatan dan penyertaan daripada 30 buah Sekolah Kebangsaan seluruh Daerah Kuala Langat.
Peserta Kalam Jamaie
 Antara acara yang dipertandingkan ialah Kalam Jamaie, Dikir Barat Berbahasa Arab, Tilawah Al Quran Lelaki Dan Perempuan serta Kuiz Perdana.
Peserta Kalam Jamaie
 Majlis bermula sekitar jam 9:00 pagi kerana melibatkan jumlah penyertaan yang agak besar, terutamanya peserta Tilawah Lelaki dan Perempuan yang menjangkau hampir 26 orang peserta.
Peserta Tilawah Perempuan
 Kesemua acara bermula serentak, iaitu pertandingan Kalam Jamaie dan Dikir Barat dilakukan di Dewan Wawasan, Tilawah Al Quran lelaki di Pusat Sumber, Tilawah Al Quran Perempuan di Surau Al Falah dan Kuiz Perdana di Dewan Peperiksaan Murid Tahun 6.
Peserta Tilawah Lelaki
 Majlis berjalan dengan baik dan lancar, walaupun melibatkan sesi persekolahan yang sedang berlansung.

Johan Keseluruhan

Majlis berakhir sekitar jam 1:30 petang, dengan
 juara keseluruhan dirangkul oleh SK Kebun Baru.Tahniah diucapkan.

Bagi peserta atau guru yang ingin mendapatkan salinan gambar-gambar sepanjang Mahrojan berlansung, sila hubungi Us Azwan di talian 013-340 2945.









No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini