derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Thursday, 4 September 2014

UPSR

UPSR menjelang tiba..
Tidak lama lagi..hanya beberapa hari sahaja lagi.
Hari ini 4 September 2014..ketika artikel ini ditulis
UPSR pada 9 September 2014..Bersamaan hari Selasa.
Dan seterusnya pada Rabu dan juga Khamis.
Jadi..
Apa persediaan yang sudah dilakukan?
Apa persediaan akhir yang perlu dibuat?
Pelbagai kelas tambahan, pagi, petang dan malam telah dibuat
Bermacam ceramah, motivasi, seminar, bengkel telah dilakukan
Beratus-ratus latihan dan latih tubi tidak berhenti-henti

Bayangkan betapa gembiranya jika anak-anak dapat menyampaikan khabar gembira buat ayah dan ibu seperti ini nanti

Tapi..
Berapa kali kita bangun malam menadah tangan, berdoa memohon kepada Nya..?
Berapa kali solat Hajat dilakukan..
Berapa hari kita berpuasa kerana Nya..
Berapa kali YASSIN yang ikhlas kita lakukan.
Mungkin hanya beberapa kali..
Itupun atas paksaan dan inisiatif pihak lain..
Pihak sekolah..Masjid..PIBG..


Tidak inginkah adik-adik melihat titisan air mata gembira seorang ibu dengan kejayaan adik-adik semua?

Kenapa tidak buat sendiri..?

Jadi kepada adik-adik semua..
ALLAH Maha Pengasih..Maha Penyayang..
Berdoalah kepadaNya..
Tidak ada istilah terlambat..Terlewat.atau tidak sempat..
Jika ia lahir dari hati yang pasrah..bersih..
Pasti ALLAH menerimanya..

Tidak ada yang mustahil jika ALLAH mengizinkan. Tapi mintalah kepada NYA

SEKARANG..BERDOALAH SEPUAS-PUASNYA..!!
MINTALAH SEBANYAK-BANYAKNYA..!!
MINTALAH TANPA JEMU DAN RAGU..!!
PASTI KEJAYAAN MILIK MU..!!
AMIN.

No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini